Sunday 28 September 2014

KUIZ PENDIDIKAN KHAS

1.Apakah maksud kanak-kanak ADHD?
-masalah dari segi tingkah laku dan kognitif dalam aspek kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan peribadi di sek.dan di tempat kerja. Desakan ini mungkin disebabkan desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan tidak memberi perhatian.

2.Apakah ciri-ciri kecacatan pendengaran dan penglihatan?
a.penglihatan – mata juling,tidak boleh focus kepada sesuatu perkara,sering mengerdipkan dan menggosok  mata,mengelakkan mata dari terkena cahaya terang, selalu tersandung atau terlanggar objek apabila berjalan dll.
b.pendengaran –selalu berkhayal,kurang memberi perhatian di dalam kelas,butir percakapan yang tidak jelas, selalu bertanya, selalu terkejut apabila dihampiri dari belakang, lemah dalm pencapaianpelajaran khususnya yang berkaitan dengan bahasa dll.

3.Apakah perbezaan disfasia dan afasia?
a.afasia- gangguan pertuturan/ gangguan berbahasa
b.disfasia – gangguan perkembangan bahasa yang tidak sesuai dengan perkembangan kemampuan anak/otak

4.Apakah definisi pendidikan khas mengikut pandangan Salvin?
Pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental,emosi,dan tidak keupayaan fizikal atau penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas.

5.Apakah maksud kepelbagaian kecacatan?
Ialah istilah di mana merangkumi pelbagai kombinasi kecacatan yang melibatkan pendidikan,pemulihan sokongan kerajaan dan kumpulan-kumpulan sukarela tertentu dan kombinaasi ini tidak termasuk dalam pendidikan khas.(mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti mental,pendengaran,lumpuh dll)


6.Apakah falsafah pendidikan khas?
Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Negara. 
Ianya satu usaha yang berterusan bagi perkembangan optima seseorang individu yang berkemahiran,berdikari,berhaluan,boleh merancang dan mengurus kehidupan sendiri serta menyedari potensi diri sendiri sebagai ahli masyarakat.


7.Apakah maksud cerebral palsi/palsi serebrum
Satu situasi pergerakan anggota badan yang tidak dapaat dikawal sepenuhnya oleh kerana terdapat banyak gangguan kecederaan atau kelumpuhan di dalam otak. Ia boleh dikelaskan mengikut jenis-jenis tertentu iaitu spastik,atetosis dan ataksia.

8.Faktor-faktor kecacatan. Contohnya genetic. RH darah tidak sama. Apa sebabnya? Apakah kecacatan yang berlaku?
- RH tidak sama dan darah tidak bersesuaian. Kewujudan protin dalam sel darah yang menghasilkan Rh+ atau Rh- . Jika Rh ibu dan janin berlainan darah ibu akan menghasilkan antibodi yang menyerang darah janin.
- Contoh kecacatan ialah penyakit kuning,lahir tidak cukup bulan dan kecacatan otak/mental.

9. Apakah alat-alat untuk kanak-kanak masalah pendengaran?
a.post aural aid(alat bantu belakang telinga)
b.body-worm aid(alat bantu dipakai pada badan)
c.in the ear aid (alat bantu dalam telinga)
d. bone conductor (konduktor tulang)

10.Kepelbagaian kecacatan melibatkan kekejangan otot.
-spastik

11. Faktor darah – jenis darah yang tidak sesuai yang menyebabkan kecacatan
-kecatan mental,penyakit  kuning dan lahir tidak cukup bulan.

12. Kanak-kanak masalah pendengaran
- 40dB – berapa meter(1 meter/3-5kaki)
-65dB – berapa meter?(tidak boleh mendengar/memerlukan bunyi yang kuat,perlukan amplifier)

13.Apakah kecerdasan naturalistic?
-melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam.Individu ini sangat perihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi.

14. Kelemahan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kenapa bermasalah dalam penulisan?
- tidak dapat mendengar atau tidak mendengar dengan jelas.

15.Masalah penglihatan rabun jauh dan rabun dekat.
-refractive disorder

16.Masalah penglihatan.
amblyopia –juling
-hypotropia-juling tegak ke bawah
-hypertropia-juling tegak ke atas
-esotropia-juling divergen
-exotropia atau eksotropia adalah mata juling di mana satu mata menyimpang keluar (menjauh dari hidung) sedangkan yang satunya normal.
-astigmatisme -kerosakan pada kanta mata,sejenis penyakit mata yang menyebabkan pandangan tidak terang.
-diplopia - adalah suatu kondisi di mana satu objek dianggap sebagai dua, juga disebut sebagai penglihatan ganda.


17.Kelayakan memasuki Sek. Pendidikan Khas.
     Pendengaran –disahkan oleh doctor pakar
     Penglihatan   - disahkan oleh doctor pakar

18.  Gartner – 8 jenis kecerdasan interpersonal dan intra personal. Apakah bezanya?
-Kecerdasan Interpersonal adalah berkait  rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalahberkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti.  Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain.
-Kecerdasan intra personal  adalah kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individutersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya.

19.Masalah pendengaran – darjah kepekakan (UNIT 6). 6.5 daripada…..

20.Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)
-kaedah bahasa isyarat

21.Ciri-ciri motor kasar dan halus ADHD
-tingkah laku yang aktif dan melampau – terlalu aktif dalam aktiviti seharian. Tidak boleh duduk diam,bersikap agresif dan boleh mencederakan rakan-rakan.
-memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang – menghentak,memukul,membaling.Sasaran orang atau benda yang berhampiran.


22.cerebral  palsy/palsi serebrum – masalah ciri-ciri fizikal
spastik-ketegangan otot,mengakibatkan getaran dan ketidakseimbangan yang menghalang
pergerakan dengan sempurna dan lancar
Atetosis           - pergerakan writhing yang perlahan dan tidak dapat dikawal. Bahu,muka,kaki, tangan
dan lengan sasaran utama. Otot-otot tekak yang lemah menyebabkan pertuturan
payah  dan tidak jelas.Masalah pengawalan air liur.
     Aktasia              -kesulitan mengawal imbangan badan yang yang boleh dikesan dari perawakan dan
pergerakan seseorang spastik.Pergerakan yang kekok dan teragak-agak,pertuturan
yang kurang jelas,sentiasa meliuk-liukkan badan.Pendengaran turut terjejas.
     Hemeplegia    -tangan dan kaki di sebelah yang sama menjadi lumpuh dan lemah.

23. Kepelbagaian kecacatan fizikal  – mascular dystrophy. Apakah masalahnya?
Mereka yang mengalami masalah perkembangan otot sehingga menyebabkan pesakit menjadi lemah untuk bergerak dan pergerakan menjadi lambat apabila umur semakin meningkat.

24. tugas fisioterapi – jurupulih anggota. Apa tugasnya?
-bertanggungjawab untuk menaksir fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak dan melatih kemahiran hidup serta kemahiran membantu diri.

Jurupulih Perubatan (Anggota) adalah satu kerjaya yang memberi penekanan kepada aspek penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penilaian, pengendalian dan pemulihan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia.

Wednesday 24 September 2014

Monday 22 September 2014